Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah dalam keadaan aktiviti jualan besar-besaran dan sejajar dengan pasaran Asia lain apabila para pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan keadaan terus tidak menentu dalam pasaran global, kata seorang peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 26.69 mata atau 1.54 peratus untuk ditutup kepada 1,708.49 berbanding paras penutup 1,735.18 pada Rabu.

Indeks itu bergerak dalam jajaran 1,682.98 hingga 1,708.77 dalam dagangan hari ini selepas dibuka susut 35.42 mata kepada 1,699.76.

Di papan skor Bursa Malaysia, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 993 berbanding 116 dengan 286 kaunter tidak berubah, 479 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan tinggi berjumlah 3.10 bilion unit bernilai RM3.70 bilion berbanding 3.02 bilion unit bernilai RM2.96 bilion pada Rabu.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun turun 3.89 peratus kepada 22,590.86, Indeks Straits Times Singapura susut 2.61 peratus kepada 3,049.87 dan Indeks Hang Seng Hong Kong jatuh 3.54 peratus kepada 25,266.37.

Pasaran Amerika Syarikat (AS) menjunam semalaman ke paras terendah dalam tempoh lapan bulan berikutan penurunan mendadak saham teknologi di tengah-tengah kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini memberi amaran yang risiko semakin meningkat dalam sistem kewangan global, ditambah dengan ketegangan perdagangan yang memuncak antara AS dan China yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Pasaran serantau telahpun terjejas teruk. Malaysia agak baik sedikit berbanding kebanyakan pasaran di rantau ini. Kebanyakan pasaran terjejas dan masih belum pulih.

“Saya rasa ini adalah sebahagian daripada satu proses yang panjang, melibatkan kecairan disedut perlahan-lahan daripada pasaran di mana-mana sahaja – bukan hanya ekuiti sahaja tetapi juga bon, komoditi dan mata wang kerana masing-masing saling berkait antara satu sama lain – dan kesannya semakin dirasai,” kata Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew kepada Bernama.

Beliau berkata kecairan global telahpun merosot sejak April.

Di pasaran minyak, penanda aras minyak mentah global Brent turun 1.95 peratus kepada US$81.47 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank turun 23 sen kepada RM9.28, TNB susut 40 sen kepada RM14.28, IHH Healthcare jatuh 25 sen kepada RM5, CIMB dan Digi menyusut 18 sen setiap satu masing-masing kepada RM5.66 dan RM4.39, manakala Genting Malaysia jatuh 25 sen kepada RM4.41.

Bagi kaunter saham cergas, Sapura Energy dan Borneo Oil kedua-duanya naik setengah sen masing-masing kepada 36.5 sen dan enam sen, Gamuda melonjak 23 sen kepada RM2.30, Hibiscus Petroleum turun enan sen kepada RM1.19, MYEG jatuh lima sen kepada RM1.47 dan Sime Darby berkurangan tiga sen kepada RM2.60.

Indeks FBM Emas susut 157.44 mata kepada 11,858.58, Indeks FBM Emas Shariah turun 131.35 mata kepada 11,892.55 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 149.21 mata kepada 11,685.70.

Indeks FBM Ace turun 123.11 mata kepada 4,904.35 manakala FBM 70 susut sebanyak 47.06 mata kepada 13,823.21.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 56.73 mata kepada 7,392.54, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 268.36 mata kepada 17,219.3 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 2.39 mata kepada 170.88.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.08 bilion saham bernilai RM3.52 bilion daripada 1.95 bilion saham bernilai RM2.77 bilion, pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susut sedikit kepada 566.80 juta unit bernilai RM105.21 juta daripada 569.73 juta unit bernilai RM93.28 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 455.56 juta unit bernilai RM82.14 juta daripada 507.26 juta unit bernilai RM96.44 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 283.15 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perusahaan (332.71 juta), pembinaan (214.82 juta), teknologi (234.91 juta), SPAC (474,000), perkhidmatan kewangan (81.71 juta), hartanah (149.68 juta), perladangan (27.39 juta), REITs (7.07 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (511.27 juta), penjagaan kesihatan (41.69 juta), telekomunikasi dan media (81.51 juta), pengangkutan dan logistik (57.99 juta), dan utiliti (56.03 juta).

— BERNAMA