Bandar Madinah di Arab Saudi.

JEDDAH – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WH0) telah mengiktiraf Madinah di Arab Saudi sebagai antara bandar paling sihat di dunia.

Kota suci itu mendapat pengiktirafan selepas memenuhi semua standard piawaian global diperlukan untuk menjadi bandar sihat hasil kunjungan pasukan pertubuhan itu.

Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan populasi lebih dunia juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO.

Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO.

Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian WHO.

WHO juga mengesyorkan supaya universiti itu memberi latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.

Kriterianya termasuk memenuhi tujuan ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program ‘Bandar Humanising’.

Menurut penilaian WHO, Madinah merupakan kota yang sihat adalah kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka. – MalaysiaGazette